Karier Han Seung-yeon

Han Seung-yeon dilahirkan pada 24 Julai 1988,[1] di Seoul, Korea Selatan. Beliau meninggalkan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi Tenafly, New Jersey, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beliau keluar dari sekolah tinggi untuk menceburi karier nyanyian.[2] Selepas kembali ke Korea Selatan, beliau membuat kemunculan pertamanya sebagai penyanyi pada 29 Mac 2007 sebagai ahli Kara along with Park Gyu-ri, Nicole Jung dan Kim Sunghee. Semasa tempoh beliau bersama kumpulan ini, beliau lulus peperiksaan kelayakan sekolah tinggi, Ujian Keupayaan Scholastic Kolej dan diterima masuk ke dalam Universiti Kyung Hee dalam jurusan teater dan filem.[2]

Pada tahun 2016, beliau menyertai J WIDE Company.

Kara (2007-2016)

Kara membuat kemunculan pertama dalam M! Countdown pada bulan Mac 2007 menerusi lagu single pertama mereka, "Break It" dari album The First Blooming. Pada awal tahun 2008, Kim Sunghee meninggalkan kumpulan ini kerana desakan keluarga.[3] Beliau digantikan oleh Goo Hara dan Kang Jiyoung dan kumpulan ini membuat kemunculan kembali menerusi "Rock U" pada bulan Julai 2008.